Thursday, 10 March 2016

tone-excel-patuh-syariah

Alhamdulillah, sempat singgah untuk preview Tone Excel di branch Shah Alam bersama Tuan Azmera. Perkongsian kali ni lebih pada isu halal haram atau isu patuh syariah dalam bisnes Tone Excel ni.


Bergambar bersama Branch Tone Excel Shah Alam, tuan Azmera & sahabat Tone Excel saya, Abang Amir


Bagi yang baru saja jadi ahli Tone Excel ni, jangan risau jika ada pesaing bisnes Tone Excel yang banyak lakukan provokasi & menghentam Tone Excel ni dari segi tak patuh syariah & haram, lebih-lebih lagi berkenaan FREE PA Insurance RM100,000 tu.


Sebenarnya PA Insurance ni diberi PERCUMA saja, TANPA ADA IKATAN KONTRAK pun dengan ahli Tone Excel. Buktinya, topup RM50 ke atas, dapat FREE PA insurance TANPA menolak 1 sen pun dari kredit RM50 tadi untuk hal yang berkaitan dengan pengurusan insurance tadi. Bermaksud PA Insurance ini diberi PERCUMA dab boleh dianggap sebagai HADIAH.

JOM BUKA MINDA



Jom buka minda, katakan si Abu drive kereta dia. Kereta Abu ni dilindungi dengan perlindungan takaful patuh syariah. Tapi masa berhenti di traffic light, si Ah Chong terlanggar kereta dia dari belakang & kereta Abu rosak teruk, sedangkan kereta Ah Chong dilindungi plan insurance conventional tak patuh syariah. Boleh tak Abu claim insurance Ah Chong untuk repair kereta dia yang dah rosak teruk tu?

Semestinya boleh, sebab Abu tak ada apa-apa ikatan kontrak pun dengan plan insurance tak patuh syariah Ah Chong tadi, dan wang pampasan insurance Ah Chong tadi boleh dianggap sebagai hadiah untuk ganti rugi. Cuba bayangkan kalau dalam kes ni, orang Islam langsung tak boleh terima wang claim insurance conventional? Habis lah satu Malaysia ni orang non Muslim boleh langgar kereta orang Islam sesuka hati.

Ok jom buka minda lagi. Contoh Abu jatuh sakit. Kawan dia Ah Chong datang melawat dia. Ah Chong bermurah hati kasi dia RM100 sebagai duit untuk beli ubat. Boleh tak Abu terima? Semestinya boleh sebab wang itu wang hadiah. Tak perlu soal siasat dari mana sumbernya, cukup lah wang RM100 tadi dianggap hadiah dan diterima saja.

Samalah konsep nya denga PA Insurance RM100,000 tadi. Tapi bagi yang masih lagi ragu-ragu, boleh saja terima wang RM100,000 tadi dan serahkan pada baitumal. Kita buat bisnes Tone Excel, keuntungannya ialah dari hasil jualan topup & simkad, bukannya hasil dari pelaburan insurance tadi.

Diharap blog entry kali ini dapat membantu memberi keyakinan bagi ahli baru Tone Excel yang masih ragu-ragu dengan status patuh syariah bisnes Tone Excel ni. Semoga bermanfaat~




No comments:

Post a Comment